Friday, February 22, 2013

BR1M 2.0

"Undilah BN". itulah yg di ucapkan semasa penyerahan voucer BR1M RM250 kepada penerima.
Hahaha! Taktik memancing undi ni, lolololo~
Majlis penyampaian ni berlangsung pada Khamis, 21 February 2013
di sebuah sekolah bertempat di Sungai Buloh, Jeram.
Di mulakan dengan menyanyikan lagu Negaraku & one of my favorite song "1 Malaysia"
I don't even know why I LOVE THIS SONG. Actually I'm the one of kind yg suka nyanyi lagu berusur patriotik, Siap hafal lagi, wkwkwkw.








 

Dengan sedikit ucapan dari Dato' Hj Amiruddin Bin Setro, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Kawasan Jeram merangkap Pengerusi BN Kuala Selangor Bermula lah upacara penyampaian voucer BR1M RM250 dan bersalam-salaman. Huh, panjangnya title.
Lepas tu beratur utk meng-cash-kan- voucer tu. Hhehe, bagi sesape yg rushing boleh terus blah lepas dapat voucer tu.Voucer tu juga boleh di-cash-kan di mana2 cawangan BSN dengan syarat, di-cash-kan oleh penerima itu sendiri.No wakil2 okay.. Hihih.


Muka happy nak dapat duit, wwkwkkww


The voucer, tadaaa~


Beratur utk meng-cash-kan voucher



 

BSN staff yg efficent



Dan dalam ucapan itu, jikalau sokongan terhadap BN berterusan, BR1M akan di naikkan kepada RM1000 bagi isi rumah, dan RM500 bagi yg sendirian berhad. Eh, nak undi ke tak ni? Undi itu rahsia,wkwkwkw.Oh btw, Bagi sesiapa yg terasa dirinya belum mendaftar sebagai penerima BR1M boleh la Daftar secara atas talian untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan percuma. Permohonan telah dilanjutkan sehingga 15 MAC 2013. Syarat2 penerima yang layak adalah seperti berikut :


• Isi rumah yang layak (RM500):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah.

• Individu yang layak (RM250):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Daftar kat sini : eBR1M


So, here it is.. mine.